Program yang baru bermula semenjak dua bulan yang lalu ini telah mula memainkan peranan untuk membantu tahanan melakukan sesuatu yang konservatif kepada masyarakat dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah hukuman mereka. Walaupun sebahagian program itu mendapat kritikan, tahanan masih mendapat manfaat dan peluang untuk memperbaiki diri dan alam sekitar. Diilhamkan oleh hakim tempatan, program ini membenarkan tahanan untuk mengayuh basikal tersebut selama 8 jam sehari dan selepas 3 hari mengayuh dengan bersungguh-sungguh, hukuman mereka akan dikurangkan selama sehari.
Dengan inisiatif ini, Ronaldo de Silva, salah seorang tahanan di sana
dapat mengelakkan dirinya daripada dikurang di sel sepanjang hari.
Beliau telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 4 kilogram dan
20 hari dari hukumannya.
Tenaga elektrik ini kan disimpan di dalam bateri. Apabila hari gelap,
tenaga elektrik yang dihasilkan ini akan digunakan untuk menyalakan
lampu di jalan-jalan yang berdekatan. Setiap petang, pengawal akan
meletakkan bateri-bateri tersebut di lampu jalan berkenaan dan pada
setiap awal pagi, bateri tersebut akan dikutip semula untuk di cas
semula.
0 Komentar untuk "Beginilah Cara Unik Banduan Di Brazil Kurangkan Hukuman "