DATUK 70 TAHUN
TAPI BEROTOT (6 GAMBAR) | Seorang datuk biasanya akan menghabiskan
hidupnya dengan berehat saja untuk menikmati usia tuanya . Namun hal ini
tidak berlaku bagi Sam Sonny Bryant Junior yang lebih memilih
menghabiskan waktunya dengan membentuk otot .
Datuk yang
berusia 70 tahun ini memang tidak kelihatan seperi orang tua yang sudah
berkedut . Ia malah kelihatan seperti lelaki berumur 40 an yang berbadan
besar , tinggi dan berotot . Sam memang mengaku bahawa ia menghabiskan
masa di gym selama 27 tahun untuk boleh membentuk tubuh yang mantap .
Sam mendedahkan
bahawa ia mula berminat sukan membentuk otot sejak berusia 44 tahun .
Semasa itu dia sedang mengalami masa terburuk akibat perkahwinan yang
gagal. Untuk menghilangkan tekanan dan kesedihan akhirnya ia lebih
memilih untuk menghabiskan waktunya di gym .
Tidak hanya itu
saja , Sam juga terkenal sebagai seorang ahli bina badan yang rajin .
Hanya dalam masa setahun selepas masuk gym , Sam telah memenangi
beberapa kejohanan bina badan .
Meskipun telah
berumur, Sam berharap bahawa aktiviti ini boleh memotivasi orang lain
untuk terus mampu menjaga tubuhnya . Menurutnya anak muda zaman sekarang
hanya menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berguna .
0 Komentar untuk "Datuk Berumur 70 Tahun Yang Memiliki Badan Yang Sado"