Jalanraya Sesak Kerana Polis Trafik Berwajah Kacak (Gambar)

     
2
Long dikelilingi peserta maraton, kebanyakannya wanita. FOTO ihsan CCTV News

Chongqing (China) : Seorang anggota polis trafik yang ditugaskan mengawal acara maraton menyebabkan kesesakan lalu lintas hanya kerana wajahnya yang kacak.

Anggota berkenaan yang dikenali sebagai Long dikelilingi peserta maraton, kebanyakannya wanita yang mahu bergambar bersamanya ketika acara berlangsung di sini, Ahad lalu.

Memetik laporan dari portal HarianMetro semalam, ada segelintir peminat menyatakan anggota polis itu menyerupai pelakon terkenal Hong Kong, Wallace Chung yang mula popular sejak Januari lalu, menurut laporan Chongqing Morning Post.

Jejaka kacak berkenaan tidak dapat melepaskan diri daripada peminatnya sehinggalah seorang rakan setugas membawanya ke lokasi lebih ‘selamat’.
Bagaimanapun, Long sebenarnya suami orang
0 Komentar untuk "Jalanraya Sesak Kerana Polis Trafik Berwajah Kacak (Gambar)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info