Sebuah kejadian fatal dan memalukkan yang nyaris luput dari perhatian media antarabangsa dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Thailand pada permulaan tahun akademik 2014/2015 pada Ogos 2014 lalu.
Kerajaan Thailand melalui Kementerian Pendidikan kecoh dengan beredarnya buku ajar matematik untuk tingkatan yang berbau pornografi. Oleh kerana itu mereka menarik lebih dari 3,000 naskhah buku matematik tingkatan yang kulitnya bergambar bintang porno wanita asal Jepun, Mana Aoki yang diambil dari sebuah laman web
Malangnya, lebih dari 2,000 naskhah buku pelajaran matematik yang kontroversi ini sudah diedarkan ke sekolah-sekolah dan diagihkan kepada para pelajar. Karuan saja hal ini menjadi heboh di kalangan pelajar dan para netizen sebelum akhirnya kerajaan menarik buku ini dari peredaran.
Mungkin pihak yang berkuasa melakukan ini sebagai strategi agar para pelajar lelaki mahu dan bersemangat belajar matematik. Sungguh cemerlang, dan ... fatal.
(Huffington Post, instagram)
0 Komentar untuk "Buku Pelajaran Di Thailand Ini Ditarik Kerana Mengandung Gambar Porno Jepun"