Implan Pecah…Bentuk Payu Dara Palsu



CHINA – Seorang wanita terpaksa melalui kesengsaraan selepas pembedahan implan payudara yang dilakukannya pecah, mengakibatkan gel daripada implan tersebut merebak ke seluruh badannya hingga membentuk payu dara palsu di bahagian belakang dan perut.

Wanita berusia 37 tahun yang tidak dinamakan itu telah menjalani pembedahan membesarkan payudaranya 10 tahun lalu.

Dia yang berasal dari Fujian memperuntukkan sebanyak £215 untuk pembedahan tersebut ketika melakukan lawatan ke Nanjing.

25
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia mula berasa sakit.

Bagaimanapun disebabkan malu untuk berjumpa doktor, dia tidak mempedulikan kesakitan tersebut. 

Hinggalah pada awal bulan ini apabila dia tiada pilihan dan terpaksa juga menemui pakar perubatan.

Gel yang merebak itu juga turut kelihatan di bahagian belakang dan ketiaknya.

Menurut doktor, implan tersebut pecah sepenuhnya dan merebak ke bahagian belakang, salur darah, dada serta otot wanita terbabit.

“Sebahagian tisu otot juga telah rosak manakala dua payudaranya juga telah terjejas disebabkan oleh implan yang menggunakan gel polyacrylamide hydrophilic gel, iaitu gel yang diklasifikasikan sebagai mempunyai bahan toksid yang tinggi,” kata doktor terbabit.

Malah anak lelaki wanita itu yang lahir tiga tahun selepas pembedahan membesarkan payudara itu juga dikesan mempunyai masalah kesihatan, dipercayai akibat menghisap susu badan. – MYNEWSHUB.cc
0 Komentar untuk "Implan Pecah…Bentuk Payu Dara Palsu"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info