PASANGAN kembar, Lucy dan Anna Decinque dari Australia merupakan kembar paling seiras di dunia yang berkongsi teman lelaki.
Kembar dari Perth itu berkongsi lelaki, tidur di katil yang sama, makan makanan yang sama serta jumlah yang sama.
Mereka sememangnya sejak lahir sudah seiras namun itu tidak
menghalang mereka untuk menghabiskan 250 ribu dollar untuk pembedahan
termasuklah boob job!
Lucy dan Anna pertama kali diberi gelaran kembar paling seiras oleh seorang procuser TV selepas mereka sertai rancangan prank di Jepun.
Kenyataan itu dikuatkan lagi selepas salah sebuah komputer di dalam
rancangan terbabit turut tidak dapat mengesan kelainan mereka.
“Ianya terbukti di Jepun dan kami ambil cabaran itu dan membuktikan
kami merupakan pasangan kembar paling seiras di dunia,” kata mereka
kepada Channel Seven’s Sunrise.
Pasangan itu juga berkata berkongsi teman lelaki adalah satu jalan
yang terbaik berbanding sebelum ini kisah cinta mereka yang selalunya
gagal.
0 Komentar untuk "Kembar Paling Seiras Di Dunia Kongsi Teman Lelaki"