KUMPULAN militan Negara Islam (IS) bertindak ganas dengan merejam
pasangan gay sampai mati selepas dilihat kononnya memberi ‘keampunan’
kepada kesalahan mereka.
Gambar-gambar tersebut diambil dalam kawasan IS di wilayah Homs,
Syria, menunjukkan dua lelaki gay terbabit direjam oleh empat orang
militan IS di situ.
Mereka juga dilihat berpelukan dengan ahli militan IS tersebut yang
dikatakan mengampunkan kesalahan pasangan itu sebelum dibunuh dengan
ratusan batu sebesar penumbuk.
Gambar pasangan gay yang ditutup mata dengan kain itu mula tersebar
dan viral kerana tindakan ‘belas kasihan’ yang ditunjukkan oleh kumpulan
IS itu.
0 Komentar untuk "Kumpulan Militan IS Rejam Pasangan Gay Sampai Mati"