Lance menyangkakan dia hanya perlu hadir untuk mendengar ucapan daripada Presiden itu namun dibawa ke bilik mesyuarat yang turut dihadiri beberapa pegawai tertinggi dari syarikat lain.
Obama mengadakan perbincangan meja bulat pada hari itu bagi membincangkan mengenai tenaga solar di Pusat Tentera Udara Hill, Utah lalu menjemput wakil-wakil syarikat berkaitan untuk bersamanya dalam mesyuarat tersebut.
Lance yang merupakan seorang pereka di syarikat tempatnya bekerja, percaya pemilihan pakaiannya tidak menarik perhatian Presiden itu kerana sebaik sahaja masuk ke bilik mesyuarat beliau memandang ke arahnya.
“Sepatutnya saya memakai pakaian seragam atau sekurang-kurangnya sepasang sut,” katanya.
Wakil syarikat Vivint Solar menjelaskan, mereka menyangka hanya perlu menghantar seorang wakil untuk mendengar ucapan.
Tapi mereka nyata tersilap kerana Presiden meminta wakil berkenaan menyertai mesyuarat bersamanya.
Individu yang sepatutnya menjadi wakil syarikat adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tetapi mereka telah menghantar Lance yang cuma seorang pereka.
Akibatnya, gambar Lance yang memakai t-shirt polo putih Vivint Solar itu tersebar di laman sosial.
Gambarnya itu bagaimanapun dikatakan telah di’crop’ oleh Tentera Udara untuk dijadikan gambar rasmi mesyuarat tersebut.
0 Komentar untuk "Pekerja Biasa Tersilap Join Mesyuarat Barack Obama"