Banduan Seks Dengan 2 Warden Wanita Mahu Failkan Saman Dakwa Dicabuli Tanpa Rela


New York – Seorang banduan yang melakukan hubungan seks dengan dua pengawal penjara wanita, kini merancang untuk menyaman mereka dengan alasan gangguan seksual.


Portal Mynewshub melaporkan, Galban, 25, mendakwa dia telah dikasari dan dicabuli oleh dua wanita terbabit di dalam almari menyimpan bekalan secara berasingan.
Dua wanita itu, Jill Curry, 38, dan Brett Robinson, 32, yang ketika itu berkhidmat sebagai juruteknik di penjara yang mempunyai tahap kawalan keselamatan maksimum itu, telah dibuang kerja.
Mereka mengaku mengeluarkan banduan dari bilik penjara untuk melakukan hubungan seks, namun mendakwa Galban yang memanipulasi mereka.
Curry yang ketika itu berkahwin dengan timbalan sherif, telah dipenjarakan selama 4 tahun dua bulan.
Galban yang berasal dari Oregon, dilaporkan dipenjarakan atas beberapa kes termasuk gangguan seksual, gagal melaporkan diri sebagai pesalah seks, membuat kenyataan palsu dan menggunakan senjata api.
0 Komentar untuk "Banduan Seks Dengan 2 Warden Wanita Mahu Failkan Saman Dakwa Dicabuli Tanpa Rela "

 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info