Varthur (India) – Fenomena buih putih di sebuah tasik di bandar ini pada minggu lalu dipercayai berpunca daripada air kencing.
Selama beberapa hari, buih putih memenuhi sungai yang mengalir ke tasik Varthur yang menjadi punca bekalan air di bandar itu.
Buih putih itu terbentuk terlalu banyak sehingga melimpah ke jalan raya.
Pada mulanya pihak berkuasa menyangka buih putih berkenaan terbentuk akibat buangan cecair pencuci ke dalam sungai.
Bagaimanapun, kajian mendapati buih itu berpunca daripada sisa buangan manusia termasuk air kencing yang tidak dirawat.
Pada setiap hari lebih 500 juta liter sisa kumbahan yang tidak dirawat dari kediaman penduduk dan kilang dialirkan ke dalam sungai yang bersambung dengan tasik itu.
Pengerusi jawatankuasa kawalan pencemaran Varthur, Dr Vaman Acharya berkata, pencemaran itu bukan sahaja mengeluarkan bau busuk tetapi meningkatkan risiko penyakit.
Katanya, kajian mendapati semakin ramai penduduk di sekitar tasik itu dikesan menghidap penyakit berkaitan buah pinggang dan kanser.
“Kami memerlukan masa selama setahun untuk membersihkan tasik ini,” katanya. – Agensi
0 Komentar untuk "Buih Putih Di Tasik Sebenarnya Air Kencing"