Cendawan Berbentuk Manusia Dijumpai ... Hairan Boleh, Dimakan Jangan




Jenis baru dari cendawan ditemui di Inggeris. Uniknya, bentuk cendawan itu mirip manusia.

Cendawan itu dijumpai oleh Jonathan Revett, seorang pemungut cendawan, pada tahun 2000. Ia menjumpai cendawan berbentuk manusia tersebut di tepi jalan kawasan Norfolk, England.

Spesimen yang diambil Revett kemudian disimpan di Kew Botanical Garden. Di sana, cendawan itu didakwa hanya merupakan variasi dari spesies yang sudah dikenal pasti.

Namun, spesimen cendawan ini kemudian dihantar ke JC Zamora, saintis di Sepanyol, dan terungkap bahawa cendawan itu merupakan jenis baru.

Dalam penerbitan di jurnal Persoonia, 3 Februari 2015, Zamora menamakan cendawan itu Geastrum britannicum. Bersama spesies itu, 6 jenis cendawan baru lain pun turut disiarkan.

Sering kali, penyebutan jenis baru bererti makhluk tersebut belum pernah atau jarang dijumpai. Namun, G britannicum ternyata tidak demikian.

Brian Spooner dalam penyelidikan berasingan yang diterbitkan di jurnal Field Mycology, April 2015, mengatakan bahawa cendawan itu ternyata sangat melimpah.

Seperti diberitakan laman IFLScience, Rabu (28/5/2015), cendawan itu sekurang-kurangnya ditemui di 15 lokasi di Inggeris bahagian selatan.

Zamora mengingatkan, cendawan itu tergolong beracun. Dengan demikian, siapa pun dianjurkan untuk tidak memakannya.

G britannicum tak selalu berbentuk seperti manusia. Kadang kala, jenis itu kelihatan seperti tokoh-tokoh dalam Star Wars.

Selain jenis ini, ada pula cendawan lain yang bentuknya disebut mirip manusia, iaitu Fungus anthropomorphus
0 Komentar untuk "Cendawan Berbentuk Manusia Dijumpai ... Hairan Boleh, Dimakan Jangan"

 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info