
SERAMAI 12 orang yang menaiki sebuah lif yang terjatuh dari tingkat 12 di bandar Shenyang, China, dilaporkan terselamat.
Kemalangan ngeri tersebut berlaku di Huayang International Mansion di daerah Heping, Shenyang, pada 15 Julai lalu.


Kesemua 12 mangsa yang terlibat dipindahkan ke hospital tempatan manakala lima daripada mereka yang mengalami kecederaan teruk masih menerima rawatan lanjut.
Media tempatan melaporkan majoriti daripada mereka mengalami kecederaan pada tulang belakang serta keretakan pada kaki.
Seorang lelaki berusia 23 tahun terseliuh di bahagian leher manakal seorang wanita berusia 32 tahun lumpuh di bahagian kakinya.


Menurut salah seorang mangsa, lif terbabit pada mulanya terhuyung-hayang sebelum mengeluarkan percikan api seterusnya melurut jatuh dari tingkat 12.
Lif yang sudah beroperasi selama 15 tahun itu kini ditutup untuk siasatan. Terdapat sumber menyatakan kejadian seperti kerosakan serta jatuh secara tiba-tiba sememangnya pernah berlaku sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC
Popular Posts
-
Pernahkah anda masak nasi namun teksturnya berbeza dengan nasi yang biasa di makan? Pernah terfikir tidak bahawa beras juga mungk...
-
Wang Xianghong menjual buah dan sayuran di Qiangjiang Road, Beitou Taipe. Para pengunjung wanita mengaku sangat terpesona terutama pada...
-
Sungguh , peristiwa ini makin menegaskan kepada kita bahawa " cinta itu buta ". Sesiapa yang sedang jatuh cinta , ma...
-
Photo copyright EliteDaily Mungkin banyak wanita akan iri dengan wanita yang satu ini . Wanita Korea banyak diisukan pembed...
-
Anak suka menjerit? Di sini saya nak kongsikan sedikit pengalaman dari Czech. Sepanjang sy duduk di Prague ni satu perkara yang say...
-
Pernah menjadi tumpuan masyarakat dunia suatu ketika dahulu kerana keunikannya, Harnaam Kaur kini sudah berumah tangga dan membuktika...
-
Pemotongan kepala, menjerut dan kebuluran adalah semua kaedah pelaksanaan hukuman yang diterima dalam abad ke-19 China. Walaupun merek...
-
Indahnya cinta tak hanya dirasakan oleh lelaki dan wanita muda. Beberapa pasangan lanjut usia pun masih merasakan indahnya jatuh cinta. Sep...
0 Komentar untuk "Mangsa Terselamat, Lif Jatuh Dari Tingkat 12 Di China"