Rahsia disebalik kemajuan Israel yang kita tidak tahu.
Disebalik kemajuan yang dikecapi oleh mereka, dalam konteks yang lebih
positif, kita perlu meneladani apa yang dilakukan oleh bangsa ini
sehingga mereka mampu bangkit kejatuhan dan mencapai kemajuan diluar
jangkaan manusia.
Perkongsian yang asalnya dimuatnaik di sebuah page The Patriots
ini bukanlah bertujuan untuk mengiktiraf mereka (Israel), tapi apa
salahnya kita gunakan sisi positif yang terdapat pada mereka untuk
diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini.
Ikuti sepenuhnya fakta pendedahan di bawah:
Apabila seseorang mengkaji tentang peredaran kemajuan dunia, semestinya
nama yang merupakan sebahagian daripada teratas adalah Israel dalam
berbagai-bagai sektor, seperti perbelanjaan untuk Research and
Development (R&D), kepentingan ketenteraan, kekayaan negara (KDNK),
pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Persoalannya, apakah rahsia mereka?
Tanpa henti, mereka semakin jadi gergasi dari segi inovasi dengan
populasi kurang daripada 10 juta orang. Mereka sudahpun menghiasi
prasarana-prasarana ekonomi mereka dengan lebih kurang 5,000 syarikat,
yang kebanyakannya berteknologi tinggi. Bilangan besar inilah yang
sedang membawa Israel kearah kemegahan teknologi global.
Dengan gabungan kebudayaan, persekitaran dan kerajaan yang dinamik,
Israel sudah mampu menandingi Silicon Valley. Bukan sahaja bilangan
syarikat mereka yang melahirkan perasaan “rambang mata” kepada
masyarakat asing, tetapi hasil inovasinya yang sememangnya mengagumkan.
Tiga kejayaan besar mereka adalah:
1. Waze – perisian sistem navigasi GPS yang berjaya meraih 50 juta pengguna;
2. OrCam – teknologi yang membenarkan orang-orang buta yang mempunyai saraf mata yang sempurna untuk melihat;
3. Phinergy – bateri lithium kereta yang menggandakan jarak kegunaan kereta-kereta elektrik.
Gabungan kejayaan-kejayaan ini bersama dengan beribu-ribu lagi sedang
membuatkan Israel menjadi “startup nation” yang merupakan intipati
terbaik buat negara tersebut dan ekonomi global.
Bursa Saham Tel Aviv pula mempunyai senarai sebanyak 616 syarikat yang
setiap syarikat tersebut mempunyai 12,500 rakyat, tetapi jauh beza
dengan Amerika Syarikat yang menggabungkan 47,000 rakyat kepada setiap
syarikat.
Namun, kejayaan-kejayaan ini hanyalah sejarah semata-mata. Yang melahirkan persoalan, bagaimana mereka boleh berjaya?
Secara umumnya, dunia yang membenci Israel akan berasa dengki dan mengaburkan kejayaan mereka dengan, “Amerika sedang bantu”.
Perasaan anti-Semitisme sentiasa membuak dalam darah manusia yang akan
membutakan mereka sendiri daripada mencontohi kejayaan Israel walaupun
menempuhi cabaran-cabaran sangat besar.
Israel – sebuah negara yang mengisytiharkan kedaulatan pada tahun 1948
boleh memenangi sebuah peperangan yang dengan mudah sahaja boleh
patahkan orang lain.
Pada setiap generasi, kejayaan tersebut sentiasa bersilih ganti,
sehingga hari ini, Israel telah berjaya menjadi hub berteknologi tinggi
di kawasan yang sangat berbahaya dan lebih menakjubkan lagi, Israel
merupakan negara yang berdikari.
Tetapi, mereka tidak menyimpan rahsia mereka. Mereka berkongsi kepada
dunia bahawa kejayaan mereka merupakan hasil kepada gabungan asas-asas
seperti kepintaran, kreativiti, produktiviti, kebebasan dan keazaman
untuk berlawan dengan halangan-halangan mereka yang sangat besar
jisimnya.
Kesemua ini diterapkan melalui sistem pendidikan mereka yang sangat aktif dari segi penyertaan.
Perkara kedua yang menjamin kejayaan negara tersebut adalah ideologi
ketenteraan mereka. Ini merupakan subjek yang sangat terperinci kerana
perkhidmatan tentera, dengan gabungan bahaya-bahaya yang mengancam
negara tersebut telah menyemai sifat keseriusan dari segi visi dan misi
kebudayaan mereka untuk menerima segala jenis risiko asalkan menang.
Mudah kata, rakyat mereka sudah tidak mahu menjadi gelandangan seperti dalam sejarah, dimana mereka dicaci, dimaki dan ditindas.
Bayangkanlah, setelah berkecainya kedaulatan mereka pada tangan Rom oleh
kerana peperangan yang berlangsung selama 70 tahun yang menyebabkan
musnahnya Kuil Yahudi mereka, mereka telah melakarkan berbagai-bagai
usaha untuk bebas.
Apa yang tidak dicipta?
Semuanya dicipta untuk menyelamatkan diri mereka, tetapi ia mengundang
daripada satu malapetaka ke satu lagi malapetaka, akhirnya berakhir pada
Malapetaka Besar, dimana Adolf Hitler membunuh berjuta-juta umat
mereka.
Apakah mereka akan kembali ke status gelandangan? Tidak.
Oleh itu, pada ketika sesetengah masyarakat memegang kepada sejarah
untuk mengekalkan kedaulatan, Israel memegang kepada ekonomi yang
membenarkan mereka memegang kuasa. Mereka mendrafkan pelaburan demi
pelaburan dalam teknologi pertahanan dan sebagainya, seperti komersial.
Selain itu, Israel merupakan negara imigran dan berbilang bangsa,
membenarkan perbezaan dari segi pendapat – yang memastikan kreativiti
dan inovasi melalui aliran idea yang bernas dan gabung tenaga ramai
orang yang mempunyai perspektif yang berbeza. Israel juga berkongsi
dengan pendapat Amerika Syarikat bahawa, “kegagalan merupakan
pendidikan, bukannya lencana kejatuhan maruah”.
Semangat berniaga mereka bermula daripada didikan keluarga yang
senantiasa menuntut kejayaan daripada anak-anak mereka untuk bekerja
keras. Dengan berbagai-bagai gabungan strategi kejayaan, tidak
mengejutkanlah kenapa Israel terlalu kuat dan negara mereka mempunyai
konsep yang dinamik.
0 Komentar untuk "Rahsia Disebalik Kemajuan Israel Yang Kita Tidak Tahu "