
SEORANG wartawan dan jurukamera stesen televisyen rangkaian CBS
mati dibunuh ketika sedang bersiaran langsung apabila mereka diserang
dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.
Mangsa, Alison Parker, 24; dan Adam Ward, 27; ketika kejadian sedang
menemuramah Pengarah Dewan Perdagangan Smith Mountain Lake, Vicki
Gardner untuk satu program pagi menerusi saluran WDBJ-TV.
Video kejadian turut disiarkan secara ‘live‘ di mana
tembakan yang mengorbankan kedua-dua mangsa itu membuatkan rakan
wartawan yang berada di studio berita dan penonton program berkenaan
terkejut.
Pembunuh tersebut, Vester Lee Flanagan atau lebih dikenali sebagai
Bryce Williams, 41; dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila dia cuba
membunuh dirinya sendiri selepas kejadian pada pagi Rabu berkenaan.
Motif kejadian itu dipercayai membalas dendam kerana suspek pernah
dipecat stesen televisyen tersebut apabila sering mengadu menjadi mangsa
diskriminasi dan perkauman dengan rakan-rakan sekerjanya.
(Amaran: Rakaman video mengandungi unsur ganas)
Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran... par mynewshub
Menerusi video, kedengaran lebih daripada enam das tembakan dilepaskan yang disusuli jeritan daripada Alison dan Vicki akibat ketakutan.
Stesen berkenaan dengan segera menutup siaran temuramah tersebut beberapa saat selepas kejadian.
Gambar suspek telah pun berjaya diambil dari video kamera jurukamera yang maut.
Dalam perkembangan terbaru, Gabenor Virginia berkata penembak adalah
seorang bekas pekerja yang tidak berpuas hati dengan stesen televisyen
berkenaan.-Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Video: Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran Langsung"