Kaherah
– Gambar pertunangan kanak-kanak lelaki berusia bawah 10 tahun bersama
sepupunya yang dimuat naik dalam media sosial mencetuskan kritikan orang
awam.
Gambar
itu menunjukkan kanak-kanak terbabit yang memakai tali leher menyarung
cincin di jari tunangnya sebelum memaut lengan masing-masing.
Akhbar
melaporkan ayah kanak-kanak perempuan terbabit, Eid Al Banna berkata:
“Insya-Allah, pertunangan anak perempuan saya Salma dengan sepupunya
Yousuf berlangsung hari ini. Pernikahan akan diadakan selepas mereka
tamat pengajian.”
Bagaimanapun, dia tidak menerangkan sama ada dia bermaksud tamat pengajian universiti atau persekolahan. – Agensi/myMetro Online
0 Komentar untuk "Budak 10 Tahun Dikritik Kerana Bertunang "