NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Harga
sekeping menu yang berasal dari kapal persiaran Titanic yang karam pada
15 April 1912 dijangka mencecah sehingga US$70,000 (RM294,000) dalam
satu acara lelongan.
Menurut The Guardian, lelongan tersebut dijadualkan berlangsung pada 30
September depan oleh agensi lelongan atas talian, Invaluable.
Surat yang ditulis oleh penumpang asal Titanic yang terselamat, juga akan diberikan bersama-sama lelongan menu tersebut.
Penyumbang menu tersebut, David Lowenherz memberitahu hanya terdapat dua
atau tiga lagi menu yang serupa terselamat selepas tragedi berkenaan.
Menu tersebut diselamatkan oleh penumpang Titanic, Abraham Lincoln
Salomon dan ditandatangani oleh Isaac Gerald Frauenthal, seorang
penduduk New York yang bersama-sama dengan Salomon pada hari kejadian. –SinarHarian
0 Komentar untuk "Menu Terakhir Titanic Berharga RM294,000 (Gambar) "