JANGAN tak tahu disebalik kejayaan mereka meraih glamor sebagai
selebriti popular di Hollywood, sebenarnya ada di antara pelakon dan
penyanyi ini yang pernah melakukan pekerjaan yang dianggap tidak glamor
oleh sesetengah pihak.
Ada yang pernah bergelar juruwang di kedai serbaneka 7 Eleven, kedai menjual
smoothies, pemandu teksi dan sebagainya.
Disebabkan rezeki terpijak dan bakat terpendam selain usaha
berpanjangan akhirnya mereka ini menjadi idola dan pujaan peminat dari
seluruh dunia.
Nak tahu kerja apa dorang lakukan sebelum terkenal di serata dunia?
Jom semak senarai ini! – MYNEWSHUB.CC
Penyanyi
Neyo pernah bekerja di restoran makanan segera popular, McDonalds namun
hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja kerana dia tak tahan
dimarahi pengurus kerana kesalahan sering meletakkan terlalu banyak
kandungan garam dalam kentang goreng.
Pelakon
filem malar segar, Pretty Woman, Julia Roberts pernah berkhidmat
sebagai jurujual produk ais krim popular, Baskin Robbins.
Sebelum
terkenal dengan watak Rachel dalam siri sitkom Friends, Jennifer
Aniston bekerja sebagai tukang cuci toilet dan pekerja penghantaran
dokumen menggunakan basikal.
Pelakon filem aksi, Tom Cruise pula pernah bekerja sebagai bell hop atau tukang angkat beg di hotel ternama.
Hugh Jackman pula bekerja sebagai pekerja di kedai serbaneka 7 Eleven sebelum dipecat kerana sering berbual dengan pelanggan.
Bintang
seksi, Megan Fox pula bekerja dengan sebuah kedai menjual jus dan
smoothies, yang mana dia perlu menggayakan kostum buah pisang sepanjang
bekerja.
Suami
Angelina Jolie, Brad Pitt bekerja di sebuah restoran dan dia perlu
memakai kostum ayam untuk menarik pelanggan menjamu selera di situ.
Mendiang
Cory Monteith pula melakukan pelbagai pekerjaan sebelum mendapat tempat
dalam siri Glee antaranya, pemandu teksi, tukang cuci kereta di bengkel
dan bekerja kedai peruncitan popular Wal Mart.
0 Komentar untuk "Pekerjaan Bintang Hollywood Sebelum Menjadi Terkenal"