Kata orang nak seribu daya, taknak seribu
dalih. Mungkin kata-kata itulah yang dipegang oleh pasangan Korea ini
sehingga mereka berjaya mendapat bentuk badan sebegini.
Transformasi menakjubkan oleh pasangan
dari Korea ini mula viral di laman sosial beberapa hari yang lalu dan
mendapat beribu pujian daripada netizen.
Tak kurang juga ramai mahu menjadikan
kisah pasangan ini sebagai inspirasi mereka. Okay lah tu jangan
hangat-hangat tahi ayam sudah!
Relationship goals.
Lebih mengejutkan, pasangan Song Jin Yoo
dan Shin Jin Hoo hanya mengambil masa selama 4 bulan dengan melakukan
senaman yang konsisten dan diet yang sihat.
Jin Yoo yang dahulunya memiliki berat
badan seberat 83 kg telah berjaya menurunkan beratnya sebanyak 12 kg.
Berat badan Jin Yoo yang terbaru adalah 71 kg.
Manakala Jin Hoo pula yang memiliki berat
badan seberat 71 kg sebelum ini berjaya membuat perubahan drastik dengan
hilangnya 22 kg sekali gus menjadikan beratnya yang terkini adalah 49
kg.
Diet yang cukup ketat!
Antara rahsia kepada transformasi pasangan
ini ialah melalui pengambilan makanan yang sangat terperinci. Mereka
hanya makan dada ayam, telur, ubi keledek, dan beberapa jenis buahan dan
sayuran lain.
Antara rahsia kepada transformasi pasangan ini ialah melalui pengambilan makanan yang sangat terperinci.
Mereka hanya makan dada ayam, telur, ubi keledek, dan beberapa jenis buahan dan sayuran lain.
Sumber: OhBulan
0 Komentar untuk "Transformasi Menakjubkan Pasangan Korea Ini Buat Anda Tergamam"