Wanita Buat Seks Dengan Kekasih Mabuk Di Tempat Parkir



SEORANG wanita telah ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang tidak sedarkan diri di tempat parkir kereta pusat beli-belah pada siang hari di Virginia, Amerika Syarikat.
Kimberly Jackson, 36 tahun; memberitahu pihak polis tempatan bahawa dia sedang ‘gersang’ nafsu ketika itu dan berada dalam keadaan mabuk.

Kimberly-M-Jackson (1)

Pihak polis juga mendapati kekasihnya, Earl Palmer berada dalam keadaan tidak sedar serta mabuk sebelum segera dihantar ke Hospital Sentara Leigh.

Kimberly dikenakan tindakan undang-undang kecil kerajaan tempatan kerana berkelakuan tidak senonoh dan mabuk di tempat awam.

Walau bagaimanapun, wanita terbabit telah dibebaskan selepas diikat jamin dan polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Kimberly-M-Jackson

Menurut laporan media tempatan, wanita terbabit menyalahkan alkohol yang diminumnya kerana menyebabkan dia dan kekasihnya mabuk sehingga terjebak dalam kelakuan memalukan itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Video wanita buat seks dengan kekasih yang tidak sedarkan diri di kawasan parkir
0 Komentar untuk "Wanita Buat Seks Dengan Kekasih Mabuk Di Tempat Parkir"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info