Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agung yang berada di
dalam wang Malaysia yang kita gunakan hari ini. Dan dari manakah
asalnya gambar tersebut diambil? Di sini kami ingin kongsikan kepada
anda semua asal usul gambar agung yang terdapat pada wang Malaysia ini
Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia
yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan
dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.
Inilah gambar asal sebelum dicetak diatas nota wang kertas Ringgit
Malaysia (RM). Sehingga kini gambar Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang
pertama ini masih digunakan pada wang kertas Ringgit Malaysia (RM).
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos
1895 – 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang
merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah
dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18,
orang Minang meminta izin keSultanan Johor agar pemerintah melindungi
mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal
mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah
Pagaruyung pada masa itu.
Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai
raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan).
Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada pada wang kertas Malaysia itu
adalah keturunan kelima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari
Pagaruyung.
0 Komentar untuk "Asal Usul Gambar Di Duit Malaysia Yang Tidak Kita Ketahui??"