Gambar dirakamkan seorang pekerja teknikal perubatan di unit kecemasan sebuah hospital di selatan California, Amerika Syarikat ini menjadi viral selepas ia dikongsi di laman Reddit.
Dalam imej ini, doktor terbabit dilihat menundukkan badan dengan sebelah tangan memegang dinding, tanda beliau amat bersedih.
“Lelaki ini tidak dapat menyelamatkan pesakitnya. Meskipun ia merupakan perkara biasa dalam bidang perubatan dan kerja kami, namun baginya ia merupakan satu perkara menyakitkan.
Menurutnya selepas beberapa minit bersedih, doktor tersebut masuk kembali ke unit kecemasan untuk meneruskan kerjanya.
Nick mengakui dia telah mendapat kebenaran untuk memuat naik gambar itu di Reddit dan berbuat demikian kerana percaya kerjaya doktor merupakan profesion yang berdepan dengan hidup dan mati.
0 Komentar untuk "Gambar Doktor Bersedih Kematian Pesakit Jadi Viral Di Internet"