MEXICO - Seorang ahli gusti Mexico maut dengan tragis dalam gelanggang pertarungan berikutan aksi
lagak ngeri.
Apa yang dikesali, pertarungan tersebut masih diteruskan di
sekitarnya meskipun ahli gusti tersebut telah terbaring lapor portal Mirror.co.uk.
El Hijo del Perro Aguayo, 35, dipercayai meninggal dunia serta-merta
selepas mengalami kecederaan pada leher ketika kepalanya terkena tali
tepi gelanggang semasa pertarungan berpasukan di Tijuana pada Jumaat.
Insiden itu seolah-olah tidak berbahaya dan rakan-rakan ahli gusti
Rey Mysterio Jnr, Manik dan Xtreme Tiger meneruskan pertarungan tersebut
dengan tidak menyedari rakan sepasukan mereka mereka tidak sedarkan
diri dan tidak memberikan respon balas.
Ia mengambil masa beberapa minit sebelum seorang kakitangan menyedari
keadaan serius yang berlaku dan segera memaklumkan pasukan perubatan.
Selepas itu barulah Aguayo Jr yang merupakan anak kepada ahli gusti
legenda Perro Aguayo dikeluarkan daripada arena pertarungan, dan
diletakkan di atas papan lapis.
Penganjur telah dikritik kerana tragedi itu, kerana tidak menyediakan
tempat tidur tambahan kerana ia telah digunakan untuk merawat ahli
gusti lain dengan kecederaan tulang belakang.
Doktor berusaha untuk memulihkan Aguayo Jr tetapi dia disahkan meninggal dunia sejam kemudian.
0 Komentar untuk "Kematian Tragis Ahli Gusti Mexico Semasa Bertarung Di Gelanggang"