BEIJING – Liang Yong pernah dinobatkan sebagai lelaki paling gemuk di
China dengan memiliki berat 222.26 kilogram dan terpaksa diangkat ke
hospital dengan menggunakan treler.
Namun selepas mengamalkan diet sihat dan senaman selama lima tahun,
Liang berjaya mengurangkan berat sebanyak 76 kilogram dan kini beratnya
adalah 146.06 kilogram.
Ketika mula-mula dirawat, dia terpaksa menggunakan treler khas kerana
badannya yang gemuk tidak muat untuk dimasukkan ke hospital.
“Ia merupakan satu rekod yang tidak boleh dibanggakan apabila saya
dinamakan sebagai lelaki paling gemuk di China pada 2007. Kini saya
berharap untuk dinobatkan sebagai lelaki yang turun berat badan paling
banyak,’’ katanya.
Jelasnya, dia memilih untuk mengamalkan diet yang sihat supaya berat
badannya dapat turun dengan perlahan dan dengan cara ini, ia dapat
mengelakkan kulit menggeleber dan kesan kepada kesihatan akibat
perubahan berat badan yang mendadak.
Jelasnya, dia dilahirkan dengan berat badan 4.9 kilogram dan sejak itu Liang terus membesar.
“Pada usia tiga tahun 25 kilogram, pada usia lapan tahun (76
kilogram) dan meningkat menjadi 177 kilogram ketika saya berumur 14
tahun.,’’ katanya.
Liang kemudiannya dibawa ke hospital tempatan yang bersetuju untuk
merawatnya dengan percuma bagi membolehkan pihak hospital mencatatkan
kemajuan dalam data dan perubatannya.
Ini kerana, rekod perubatan itu boleh digunakan untuk merawat pesakit
obes yang lain di negara itu ketika berat badan menjadi masalah yang
semakin serius di China.
0 Komentar untuk "Lelaki Paling Gemuk Di China Berjaya Kurangkan 146kg"