Hong
Kong – Padah apabila mabuk. Itu yang berlaku kepada seorang pelajar
dari Mongolia, Ning Dang, 19, apabila aksinya melakukan hubungan seks di
khalayak ramai telah dirakamkan dan kini tersebar luas di media sosial.
Ketika kejadian, Ning sedang meraikan hari jadinya di sebuah bar dan
dia kemudian bertemu dengan seorang pelajar wanita, dipercayai berasal
dari Beijing.
Kedua-duanya kemudian berjalan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk,
namun sebelum sempat sampai di rumah, mereka melakukan hubungan seks di
tepi jalan.
Mereka berkelakuan tidak senonoh itu selama 45 minit sebelum berjaya dihalang oleh seorang anggota polis.
“Kedua-dua mereka amat mabuk dan apabila anggota polis tiba di situ,
kedua-duanya memakai pakaian yang sempurna, meskipun apabila wanita itu
bangun, seluarnya terlondeh.
“Pelajar terbabit itu juga ketawa dan memandangkan ketika kejadian
mereka tidak melakukan apa-apa yang salah, maka kedua-duanya
dilepaskan,’’ kata jurucakap polis.
Namun selepas video tersebut menjadi viral, barulah polis
mengenalpasti imej dalam video itu adalah Ning, lalu polis menahannya
dengan tuduhan melakukan seks di khalayak ramai.
Polis kini sedang mengesan wanita itu, namun dia kini dilaporkan sudah pulang ke China.- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Akibat Mabuk, Pelajar Sanggup Lakukan Seks Tepi Jalan"