Cody Walker Jadi Bidan Terjun Fast & Furious Kerana Sayangkan Paul


Adik mendiang Paul Walker, mengakui sanggup menjadi bidan terjun menggantikan tempat abangnya dalam filem Fast & Furious 7 kerana sayangkan pelakon hebat itu.

Walaupun tiada pengalaman berlakon, Cody menerima tawaran pengarah James Wan kerana kasih sayang mendalam terhadap saudara kandungnya itu serta mahu mencabar dirinya beraksi dalam filem Fast & Furious 7.

“Siri Fast & Furious adalah filem cukup bermakna buat Paul. Saya sendiri amat menggemari file mini, sebab itulah saya merasakan saya harus mencuba melaksanakannya.

“Tambah-tambah lagi bila saya tahu saya menggantikan tempat mendiang dan sepanjang penggambaran saya tidak berasa sunyi kerana tahu sentiasa ada bersama saya untuk memberikan semangat.

“Kalau abang tahu saya berjaya melaksanakannya dengan baik, pasti dia bangga dan bertepuk tangan,”  kata Cody.

Sejak filem itu ditayangkan sejak awal April lalu, ramai yang memuji lakonan Cody yang sangat komited setanding abangnya, walaupun tidak ada sebarang asas dalam bidang lakonan.

Wajah Cody yang saling tidak tumpah seperti abangnya juga secara tidak langsung dapat mengubat kesedihan dan kerinduan peminat terhadap Paul.

Paul Walker maut dalam sebuah kemalangan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 30 November tahun lalu.

0 Komentar untuk "Cody Walker Jadi Bidan Terjun Fast & Furious Kerana Sayangkan Paul"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info