Apabila lawatan rasmi dilakukan oleh
ketua-ketua negara, adalah biasa melihat mereka disambut oleh Pengawal
Terhormat yang 100% dianggotai tentera lelaki. Di China mereka enggan
mengikut protokol biasa dan sempena lawatan Presiden Turkmenistan minggu
lalu mereka memperlihatkan 13 pengawal terhormat wanita. Ini menurut
China ialah bagi memberikan status sama rata diantara tentera lelaki dan
wanita republik komunis ini. Setiap anggota harus mempunyai ketinggian
minima 173 sentimeter dan berkawad sambil memakai kasut setinggi 5
sentimeter. Selain itu untuk melayakkan diri menyertai kor pengawal
terhormat mereka semua harus mempunyai ijazah daripada universiti.


0 Komentar untuk "PENGAWAL TERHORMAT WANITA TENTERA CHINA DIPERLIHATKAN (11 GAMBAR) "