Tergamak! Beberapa
gambar yang menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan tak
ubah seperti binatang telah tersebar dan menyebabkan puluhan ribu
pelayar laman sosial terkejut.
Seorang ibu di Filipina diburu polis
setelah menyebarkan beberapa keping gambar menunjukkan cara beliau
melayan bayinya seperti anjing. Dalam akaun Facebook miliknya, perempuan
itu mengikat leher bayinya dan menyuruhnya makan di mangkuk yang
diletakkan di lantai.
Gambar-gambar itu mengundang kemarahan
warga Filipina dan mereka mengecam tindakan biadab yang dilakukan wanita
itu pada anaknya.
Difahamkan, gambar itu dimuatnaik oleh ibunya ke laman Facebook kerana menganggapnya sebagai ‘gurauan’. Namun, polis dan masyarakat tidak percaya. “Jika itu adalah sebuah gurauan, itu adalah gurauan yang sangat buruk!”.
“Mereka fikir orang ramai
tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan suspek
boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak,” jelas Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan, Marilyn Tigas.
Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.
0 Komentar untuk "Kejam..!!!..Ibu Melayan Anak Seperti Binatang"