5 Perkara Kamu Perlu Ambil Tahu Jika Ingin Ke Pantai




Bila sebut pantai perkara yang terlintas di fikiran adalah satu aktiviti air yang memerlukan kamu memakai pakaian yang bersesuaian. Tetapi mungkin ada juga yang pergi ke pantai hanya untuk temujanji bersama tersayang. Walau bagaimanapun, lima perkara ini kamu perlu ambil kira jika berasa ingin ke pantai.

#1 Pakaian
2013-beach-party-dresses-peacock-flowers
Bukan semua orang bertuah dan bernasib baik untuk memakai bikini. Jika bukan kerana adab mungkin juga kerana kamu tidak memiliki body secantik Kim Kardashian. Tak kisahlah apa pun, selain berbikini, seluar pendek dan spaghetti  mungkin kamu boleh mengenakan dress jika tujuan kamu disana hanyalah ingin berjumpa dengan tersayang sambil minum petang tanpa melibatkan aktiviti air sambil mengambil angin pantai.

#2 Kasut
China_2011_NEW_ARRIVEL_Women_s_Leisure_Foldable_Beach_Shoes_eight_colors20116171053248
Selalunya apabila kita sebut pantai, perkara yang terlintas difikiran adalah, berjalan hanya menggunakan kaki ayam sambil merasakan butiran pasir pantai yang melekat di telapak kaki. Mungkin kamu perlu juga menyediakan sandal yang bersesuaian, terdapat sesetengah pantai pasirnya berbatu dan kadang kala terdapat banyak serpihan kerangan atau kulit siput yang menyakitkan kaki.

#3 Kaji tentang tempat percutian terbabit
MV-MLE-BEACH-AXIOM-00150235-760x350
Jika kamu bercadang untuk bercuti dan mengambil masa lebih sehari, mungkin ada baiknya kamu kaji dahulu tempat rekreasi yang menarik yang terdapat disitu. Tambah lagi jika kamu ke sebuah pulau.

#4 Makanan dan Minuman
juices-RM
Jika kamu ke pantai dan berniat melakukan aktiviti lasak seperti snorkeling, berenang dan apa-apa sahaja aktiviti air seperti bermain banana boat dan sebagainya, jangan mengambil makanan yang berat dan susah untuk hadam seperti nasi dan roti. Digalakkan kamu hanya minum air dan jika ingin makan, sepanjang aktiviti air hanya ambil sosej ataupun buah-buahan.

#5 Kelengkapan Mandian
mens_fitness_19741
Walaupun niat kamu cuma ke pantai sekadar date. Tetapi adalah lebih afdhal kamu sediakan sahaja pakaian renang, tuala mandi dan kelengkapan renang yang lain seperti goggle, snorkel, pelampung dan lain-lain. Bukan apa, ombak pantai kadangkala menggoda kamu untuk bersamanya. Melainkan jika kamu pergi ke pantai yang tidak boleh berenang seperti Pantai Batu Buruk di Terengganu.
0 Komentar untuk "5 Perkara Kamu Perlu Ambil Tahu Jika Ingin Ke Pantai"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info