Video: Jururawat Kejam Seret Pesakit Berlumuran Darah Ke Bilik

New York – Kejamnya. Sakit hati melihat bagaimana seorang lelaki yang berusia 51 tahun dan cacat ini diseret ke biliknya dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang jururawat lelaki di pusat kejururawatan dan pemulihan di Far Rockaway, di sini.

Perbuatan kejam mereka itu telah dirakamkan melalui kamera CCTV.

Dalam rakaman itu, pesakit tersebut yang hanya memakai gaun hospital, telah terjatuh di hadapan jururawat lelaki itu dikenali sebagai Emmanuael Ufot, 36.


Manakala dua lagi jururawat wanita Funnmiloloa Taiwo, 34, dan Esohe Agbonkpolor, 39, hanya memerhatikan sahaja pesakit itu.

Mereka membiarkan lelaki itu terbaring di atas lantai selama 20 minit sebelum menariknya ke bilik dengan cara menyeret gaun yang dipakai lelaki itu, yang telah terselak dan terbelit di leher.

Ketika itu darah terus berlumuran dari bahagian kepala dan rahang lelaki itu.

Susulan itu, ketiga-tiga jururawat terbabit telah ditangkap kerana membahayakan kebajikan dan kesihatan lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, pendakwaraya, Eric Schneiderman berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan jururawat yang gagal menjaga atau membahayakan pesakit di bawah jagaan mereka.

“Penduduk di New York berhak mendapat penjagaan yang berkualiti dan penjaga pula perlu melaksanakannya dengan penuh profesional,’’ katanya.
0 Komentar untuk "Video: Jururawat Kejam Seret Pesakit Berlumuran Darah Ke Bilik"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info