Wanita Ini Terkena Jangkitan Buah Pinggang Selepas Bercuti di Resort 5 Bintang!




Seorang pengurus hotel yang berusia 23 tahun, bertarung dengan nyawanya apabila mengidap jangkitan buah pinggang yang aneh selepas pulang dari percutian impiannya di sebuah Resort 5 Bintang di Mesir.

Gadis ini yang dikenali sebagai Nicola Collings berada dalam kritikal selepas pulang dari Sharm el-Sheikh. Beberapa jam selepas pulang ke negara asalnya UK, Nicola didiagnosis mengidap jangkitan buah pinggang yang luar biasa. Kini, Nicola mengupah seorang peguam untuk menyaman Resort 5 Bintang Siva Sharm.

Gambar 1

Keadaan Nicola bertambah buruk apabila laporan perubatan telah tersalah mengeluarkan laporan bahawa beliau mungkin suspek mengidap penyakit apendiks. Bertambah malang apabila apendiksnya telah dibuang. Ujian darah kemudian mengesahkan Nicola sebenarnya dijangkiti bakteria merbahaya iaitu e-coli.

Nicola juga turut menderita HUS (Haemolytic Uremic Syndrome) dan TTP (Thrombotic Thrombocytopenic Purpura) yang menyebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Gambar 2

Nicola terlantar di Hospital Birmingham’s Heartlands selama dua minggu dan perlu mengambil cuti selama dua bulan untuk pulih dari penyakitnya itu. Nicola juga turut mengarahkan peguamnya menyiasat hotel yang bertaraf lima bintang itu bersama dengan syarikat pelancongan, Red Sea Holidays Ltd.

Tambah Nicola lagi, kolam di hotel bertaraf lima bintang itu kotor dan airnya keruh. Makanan yang dihidangkan juga menggunakan air suam dan menggunakan perkakasan kutleri yang kotor.

Gambar 3

“Walaupun saya kini sudah mampu kembali berkerja, saya selalu menggigil dan keletihan dan masih tidak lagi berasa normal. Saya juga harus lebih berhati-hati tentang kesihatan saya kerana sistem imunisasi saya tidak lagi seperti dulu dan mudah jatuh sakit. Saya memang betul-betul hendak tahu punca saya jatuh sakit dahulu, kalau ada juga sesiapa yang menderita seperti saya mungkin tidak bernasib baik seperti saya yang masih lagi mampu bertahan”, ujar Nicola.

Pada tahun 2010, ramai peguam memenangi saman sebanyak lima angka dari hotel terbabit, sebelum ini hotel tersebut dipanggil Savita Spa Resort, disaman selepas sekumpulan yang pergi bercuti mengidap gastrik yang teruk pada waktu percutian.

Gambar 4

Amandeep Sarma, seorang pakar sakit di tempat-tempat percutian dari Irwin Mitchell berkata,”Kami kini sedang menyiasat punca sebenar kesakitan Nicola. Ia amat membimbangkan apabila mendengar pesakit seperti Nicola. Dia terpaksa menempuh detik-detik yang penuh trauma. Kami yang melakukan penyiasatan di atas kes ini ingin mengingatkan sesiapa yang menetap di Hotel Siva Sharm sekarang memberitahu kami keadaan mereka disana secepat yang mungkin”.
Setakat ini, Red Sea Holidays Ltd tidak memberikan sebarang komen.
0 Komentar untuk "Wanita Ini Terkena Jangkitan Buah Pinggang Selepas Bercuti di Resort 5 Bintang!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info