$%^Godfret Baguma, 47, yang digelar sebagai ‘Lelaki Uganda Paling Hodoh’
apabila berjaya membuktikan bahawa dia juga layak untuk dicintai dan
memiliki pasangannya.
Baguma yang memilik paras
rupa yang ‘unik’ memenangi gelaran tersebut pada tahun 2002 selepas
menyertai satu pertandingan yang menawarkan sejumlah wang tunai sebagai
menyara kehidupan keluarganya.
Sebelum perkahwinannya
dengan Kate, Baguma mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan
pertamanya. Namun, perkahwinan tersebut berakhir selepas isterinya
ditangkap curang dengan lelaki lain.
"Dia
suka saya kerana mempunyai wang tetapi orang terus memberitahu
(isterinya) bahawa dia boleh jadi lebih baik, jadi dia mula curang
dengan lelaki lain,” katanya kepada sebuah portal berita tempatan.
Mengenai hubungannya
dengan Kate, Baguma berkahwin pada tahun 2013 dan pasangan itu kini
mempunyai enam orang anak selepas anak pertama mereka dilahirkan pada
tahun 2008.
"Saya memberitahunya bahawa saya tidak memilih dan jika dia berasa saya
membebankannya, dia bebas untuk meninggalkan saya," katanya.
0 Komentar untuk "Wow..!! Perkahwinan Istimewa Dari Pasangan Pengantin Ini"