China – Sebuah bandar di China, Lanba
bebas daripada kegiatan jenayah sejak 10 tahun lalu meskipun ia dipantau
oleh seorang anggota polis yang buta.
Menurut laporan dari portal Mynewshub,
polis terbabit, Pan Yong, 43, mula hilang penglihatan sejak 2002
selepas mendapat katarak dan hari ini, dia hanya mampu mengesan cahaya
sahaja.
Namun keadaan itu tidak menghalangnya untuk menjalankan tugas sebagai satu-satunya polis di balai polis Ci Cong.
Bandar tersebut tidak mencatatkan kes jenayah sejak sedekad lalu, begitu
juga kes kemalangan, langsung tidak berlaku sepanjang pemantauan Pan.
Kejayaan Pan itu dibantu oleh isterinya, Tao Hongying yang merupakan
pengawal keselamatan di stesen keretapi di situ. Dia akan membantu
suaminya sepanjang masa lelaki berkenaan melakukan rondaan.
“Saya hanya berpangkat rendah tetapi saya sukakan kerjaya ini. Isteri saya menggelar saya sebagai gila kerja.”
“Saya dapat rasakan bahawa saya menyumbang kepada tugas saya apabila
saya meronda, meskipun saya tidak perlu melakukannya,’’ katanya.
Pan mengakui dia hampir menyangka hidupnya berakhir apabila kehilangan
penglihatan tetapi selepas dia mengahwini isterinya pada 2004, Pan dapat
merasakan bahawa wanita itu memberikan harapan baru kepadanya.
0 Komentar untuk "Bandar Lanba Di China Cuma Ada Seorang Anggota Polis, Itu Pun Buta "