Cerita Sebenar sebuah Kampung di Nepal Penduduknya Hanya Mempunyai 1 Buah Pinggang


BEBERAPA penduduk kampung menunjukkan parut pembedahan pada badan selepas buah pinggang mereka dijual.

Cerita Sebenar sebuah Kampung di Nepal penduduknya punya 1 Buah Pinggang – Kampung Hokse di pinggir bandar ini dikenali sebagai kampung buah pinggang kerana hampir semua penduduknya mempunyai hanya satu organ berkenaan.

Keadaan itu berlaku apabila hampir semua penduduk kampung itu yang miskin menjual buah pinggang mereka sebagai jalan untuk mendapatkan wang.

Kebanyakan penduduk menggunakan wang hasil menjual buah pinggang mereka untuk membeli tanah dan membina rumah.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Geeta, 37, berkata, dia dan suaminya dipujuk oleh anggota sindiket perdagangan organ untuk menjual buah pinggang mereka.

Katanya, anggota sindiket itu memberitahu, mereka boleh hidup normal dengan hanya satu buah pinggang.
“Kami melihat ramai penduduk kampung lain sihat dan masih hidup selepas menjual buah pinggang mereka.
“Kerana terdesak mencari wang untuk membina rumah, saya dan suami akhirnya bersetuju,” katanya.
Katanya, dia dan suaminya dibawa ke sebuah hospital di sempadan India untuk mengeluarkan buah pinggang mereka.
0 Komentar untuk "Cerita Sebenar sebuah Kampung di Nepal Penduduknya Hanya Mempunyai 1 Buah Pinggang"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info