Curi 1,000 Helai Pakaian Dalam Penduduk


GEORGETOWN : Seorang lelaki yang berusia 32 tahun yang tinggal bersendirian di sebuah kondominium di Jalan Masjid Negeri ditangkap berserta dengan bukti 1,000 helai pakaian dalam oleh penduduk dan pihak pengurusan kondominium terbabit.

Hasil pemerhatian pengawal keselamatan yang mengikut lelaki terbabit ke unit kondonya menjurus kepada penangkapan ini. Lelaki tersebut dilihat mengait coli berwarna merah yang sedang disidai di pagar sebuah dapur basah.

Screen Shot 2015-07-02 at 3.29.38 PM
 
“Kemudian, kami pun menelefon polis. Sewaktu serbuan, terjumpa coli berwarna merah yang merupakan bahan bukti yang kukuh bahawa lelaki ini melakukan perkara tak bermoral ini”, ujar pihak pengurusan.

Sewaktu serbuan polis juga turut menjumpai pemegang batang penyapu, penjolok boleh laras dan besi penyidai baju yang telah diubah bentuk menjadi pengait.

Screen Shot 2015-07-02 at 3.29.21 PM

Didalam biliknya juga turut penuh dengan coli, seluar dalam, petticoat dan baju dalam. “Lelaki tersebut menyimpan barang curi itu didalam sebuah kotak dan menyimpannya didalam almari pakaian. Saya tengok pun takut. Pakaian tersebut kesemuanya dilipat dengan kemas.” ujar pihak pengurusan terbabit.

Menurut pihak pengurusan lagi, mereka berjaga untuk beberapa malam untuk melihat rakaman CCTV, tetapi ternyata pencuri ini seorang yang bijak kerana cuba mengelak untuk menaiki lift dan melalui koridor yang mempunyai kamera.

“Disini ada dua blok dimana mempunyai 45 tingkat. Untuk beberapa hari, boleh dikatakan hingga tiga penduduk disini mengadu pakaian dalam mereka dicuri,” ujarnya lagi.

Pihak pengurusan kini berdepan dengan masalah baru. Mereka buntu untuk memikirkan apa yang perlu dibuat dengan penemuan pakaian dalam terbabit, termasuklah seluar dalam kanak-kanak.

Setakat ini, barang rampasan tersebut diletakkan dibahagian pameran diluar pejabat pihak pengurusan kondominium supaya pemiliknya dapat mengambilnya semula.

Setakat ini, hanya beberapa orang sahaja datang menuntut barangan mereka. Pihak pengurusan turut mengatakan, mereka pernah menerima aduan kes kehilangan coli yang paling mahal yang berharga RM600.
0 Komentar untuk "Curi 1,000 Helai Pakaian Dalam Penduduk"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info