SERAMAI 12 orang yang menaiki sebuah lif yang terjatuh dari tingkat 12 di bandar Shenyang, China, dilaporkan terselamat.
Kemalangan ngeri tersebut berlaku di Huayang International Mansion di daerah Heping, Shenyang, pada 15 Julai lalu.
Kesemua 12 mangsa yang terlibat dipindahkan ke hospital tempatan manakala lima daripada mereka yang mengalami kecederaan teruk masih menerima rawatan lanjut.
Media tempatan melaporkan majoriti daripada mereka mengalami kecederaan pada tulang belakang serta keretakan pada kaki.
Seorang lelaki berusia 23 tahun terseliuh di bahagian leher manakal seorang wanita berusia 32 tahun lumpuh di bahagian kakinya.
Menurut salah seorang mangsa, lif terbabit pada mulanya terhuyung-hayang sebelum mengeluarkan percikan api seterusnya melurut jatuh dari tingkat 12.
Lif yang sudah beroperasi selama 15 tahun itu kini ditutup untuk siasatan. Terdapat sumber menyatakan kejadian seperti kerosakan serta jatuh secara tiba-tiba sememangnya pernah berlaku sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC
Popular Posts
-
Tentu saja hal ini sangat sukar di percaya ternyata Masashi Kishimoto ( mangaka naruto ) mengarang pelbagai lokasi yang ada ...
-
Gara-gara menyuntik silikon pada alat sulit seorang lelaki, seorang wanita telah dihadapkan ke mahkamah kerana suntikan itu kini menye...
-
Dikurniakan anak yang soleh tentu merupakan impian bagi setiap pasangan suami - isteri . Namun , untuk mendapatkan anak yan...
-
You may not guess who this girl and who is her father, her father is celebrity and legends? This beautiful girl is 24 years old, Kathe...
-
Kebelakangan ini muncul begitu ramai gadis cantik yang menjadi viral di internet, kini muncul lagi seorang gadis yang cantik yang berasa...
-
SEORANG lelaki di Brazil yang sinonim serta terkenal dengan gelaran anak patung Ken versi manusia telah meninggal dunia akibat...
-
Pasangan suami isteri pecah rekod, jadi pasangan paling tinggi di dunia. S...
-
SEBUAH tasik di Boulder, Colorado bakal menjadi kolam ikan emas terbesar di dunia apabila ia dipenuhi ikan peliharaan itu. Tasik T...
0 Komentar untuk "Mangsa Terselamat, Lif Jatuh Dari Tingkat 12 Di China"