Rata-rata Saiz Payudara Wanita Jepun Mengalami Peningkatan Dari Tahun Ke Tahun


Salah satu aksesori penampilan pada wanita yang berfungsi sebagai pelindung payudara wanita, iaitu BH atau bra, mengalami perkembangan trend dari masa ke masa. Tak hanya dari sisi model, warna, dan inovasi teknologi, tapi besar serta saiz juga mengalami peningkatan. Sekurang-kurangnya, itulah hakikat yang berlaku di Jepun.

Selama ini, wanita asal Jepun mempunyai tubuh yang kecil molek dan langsing dan itu juga berpengaruh pada saiz dada (payudara) mereka. Namun situasi kini telah amat berbeza dan ini terlihat dari jualan bra dengan saiz cup besar yang terus laris sepanjang tahun di Jepun.


Laporan penjualan dari sebuah label bra terkenal, Triumph Lingerie melaporkan bahawa wanita Jepun nampaknya sudah tak ingin memiliki tubuh yang serba kecil dan kurus. Entah melalui pembedahan plastik atau rawatan alami, tapi jumlah wanita Jepun dengan saiz payudara yang agak besar semakin meningkat.

Menurut laporan jualan Triumph Lingerie, koleksi bra mereka dengan saiz cup besar laku keras di Jepun.

Berikut data yang dilansir oleh Triumph:

1. Bra cup A, tahun ini hanya terjual sebanyak 5.3%, tahun 1980 jualan mencapai 58.6%
2. Bra cup B, tahun ini hanya terjual sebanyak 20,52%, tahun 1980 mencapai 25.2%
3. Bra cup C, tahun ini terjual 26.3%, tahun 1980 hanya 24.1%.
4. Bra cup D, tahun ini terjual 24.1%.
5. Bra cup E, tahun ini terjual 16.2%

Kemudian, saiz besar seperti bra cup F, jumlah jualan mencapai enam peratus, nyaris sama dengan jumlah jualan bra cup A pada tahun 1980 silam.

(Triumph, Metro)
0 Komentar untuk "Rata-rata Saiz Payudara Wanita Jepun Mengalami Peningkatan Dari Tahun Ke Tahun"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info