Chloe Mafia
bergambar di dalam kokpit pesawat Kuwait Airways ketika dalam
penerbangan dari Heathrow ke New York, baru-baru ini. AGENSI
Juruterbang bahayakan nyawa 300 penumpang,untuk tunjuk kehebatan kepada Model Seksi dalam kokpit –
Seorang juruterbang pesawat komersial Kuwait Airways sanggup
membahayakan nyawa kira-kira 300 orang penumpang, semata-mata mahu
menunjukkan kehebatannya kepada seorang model seksi apabila menjemputnya
masuk ke dalam kokpit untuk bergembira.
Mail Online melaporkan, model berkenaan Chloe Mafia mendakwa
juruterbang berkenaan merayu kepadanya supaya masuk ke dalam kokpit dan
membenarkan dia memandu pesawat berkenaan.
Mafia berkata, juruterbang itu kemudian mengarah dia duduk di atas
ribanya dan menghisap 40 batang rokok ketika dalam penerbangan dari
Heathrow ke New York.
“Dia turut memesan minuman keras untuk saya, Saya sempat mengambil
beberapa keping gambar dan video ketika berada di dalam kokpit tersebut.
“Saya sangat terkejut dengan sikap juruterbang yang sudah pun berkahwin itu.
Ketika itu terdapat kira-kira 300 orang penumpang dalam pesawat
itu dan pesawat itu sedang terbang pada ketinggian 10,000 kilometer dari
paras laut,” jelasnya.
Mafia bertanya kepada juruterbang itu yang tidak didedahkan namanya,
sama ada boleh atau tidak merokok di dalam kapal terbang kerana
perbuatan tersebut bakal membahayakan keselamatan penumpang.
“Dengan selamba dia menjawab di dalam pesawat ini saya yang membuat
undang-undang, orang ramai terlalu cerewet tentang keselamatan,”
ujarnya.
Susulan daripada pendedahan itu, pihak media cuba untuk mendapatkan
maklumat balas daripada Kuwait Airways, namun menemui kegagalan
0 Komentar untuk "Juruterbang bahayakan nyawa 300 penumpang,untuk tunjuk kehebatan kepada Model Seksi dalam kokpit"