Jika menjelang hari perkahwinan, sudah pastinya ramai yang
memilih kawan-kawan rapat, adik beradik atau saudara mara sebagai
pengapit atau pengiring pengantin di hari perkahwinan. Tetapi hal ini
berbeza dengan Christine Quinn.
Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Christine Quinn
menjadikan neneknya yang berusia 89 tahun sebagai pengapit di hari
bahagianya. Nenek tersebut bernama Nana Betty tidak menjangka akan hal
ini.
Selepas Quinn melamar neneknya sebagai pengapit, beberapa bulan
kemudian majlis perkahwinan Christine Quinn berlansung , siapa sangka
Nana Betty mampu menjadikan majlis perkahwinan tersebut meriah.
“Dia berada disepanjang masa majlis perkahwinan. Ramai yang
terhibur dengan kata-katanya. Kata-kata yang penuh dengan hikmah dan
komen-komen yang lucu sepanjang hari”, ujar Quinn kepada Huffpost.
Paling meriah, apabila Nana Betty turut menari-nari bersama nenek
kepada suami Quinn iaitu Bellsie. Mengenang peristiwa sewaktu Christine
meminta neneknya menjadi pengiring, Nana Betty bertanya lebih dari 10
kali, “Kamu pasti? Mengapa kamu mahukan orang tua dimajlis perkahwinan
(menjadi pengiring pengantin) kamu?”.
“Nenek seorang yang kelakar dan semua orang menyukainya”, ujar
Quinn. Nana juga turut memberitahu Christine, “Saya berasa muda pada
hari ini. Semua orang akan mengalami peningkatan usia, tapi tidak
semestinya kita perlu berasa tua”.
Buat anda yang masih belum berkahwin dan merancang untuk majlis
hari bahagia nanti, sudah dapat idea baru untuk pengiring pengantin
nanti?
0 Komentar untuk "Pengantin Perempuan Jadikan Nenek Yang Berusia 89 Tahun Sebagai Pengapit"