Kelakar.. Kerusi Taman Tersangkut Di Kepala Lembu


GAMBAR seekor lembu yang dimuat naik di laman makro Twitter Bomba dan Penyelamat di Britain telah viral serta mendapat perhatian netizen.

Menerusi gambar tersebut, sebuah kerusi di taman telah tersangkut di kepala lembu yang berwarna hitam.
Rata-rata netizen telah membuat jenaka dan menganggap perkara itu sesuatu yang lucu.

Menurut sumber, dua anggota bomba tempatan telah cuba membantu mamalia berkenaan.

Namun lembu tersebut akhirnya berjaya melepaskan diri daripada kerusi itu tanpa apa-apa bantuan.
Gambar tersebut telah mendapat lebih 1,000 kicau semula dan hampir 1,000 likes di laman Twitter itu.
Punca nasib malang yang menimpa haiwan itu masih belum dapat dikenal pasti. – MYNEWSHUB.CC

wm


0 Komentar untuk "Kelakar.. Kerusi Taman Tersangkut Di Kepala Lembu"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info