Video: Penyanyi K-Pop Terlentang 9 Kali Ketika Persembahan


LUMRAH menjadi seorang penyanyi, apa jua yang berlaku di atas pentas, persembahan tetap perlu diteruskan demi meraih kepuasan peminat yang setia memberi sokongan.

Video sebuah kumpulan K-pop wanita yang terjatuh berkali-kali ketika membuat persembahan di Korea Selatan ini mula mendapat perhatian dan viral sejak beberapa hari lalu.

Rakaman video dari peminat kumpulan Gfriend itu menunjukkan beberapa orang ahli kumpulan itu tergelincir serta terlentang beberapa kali ketika menyanyikan lagu terbaru mereka yang berjudul Me Gustas Tu.

Menerusi video itu, salah seorang ahli kumpulan itu yang bernama Yuju (kaki dibalut kain putih) telah terjatuh lebih daripada 5 kali akibat keadaan pentas yang basah kerana hujan ketika itu.

Kumpulan Gfriend sebelum memulakan persembaha.
Kumpulan Gfriend sebelum memulakan persembahan.

Turut tersembam di hadapan penonton dan peminat mereka, Sin B juga mengalami nasib yang sama dengan Yuju.

Walau bagaimanapun, semangat dan komitmen yang mereka tunjukkan itu dikatakan telah memberi inspirasi kepada orang ramai yang menyebabkan video itu viral.


Tidak mudah melatah malah lebih bersemangat selepas jatuh, kedua-dua ahli kumpulan yang terjatuh itu kembali bangun dan memberikan yang terbaik kepada penonton!

Video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 1 juta kali sejak ia dimuat naik pada sabtu lalu. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Video: Penyanyi K-Pop Terlentang 9 Kali Ketika Persembahan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info