China – Malu sendiri. Itu yang berlaku
kepada seorang wanita, Li Tan, 23, yang bertindak bo.doh kerana
menyangka kekasihnya, De Wu, 24, mempunyai hubungan sulit.
Memetik laporan dari sebuah portal Mynewshub,
dia yang mengamuk kerana De Wu lambat balik ke rumah, telah membeli 30
keping tuala wanita dan kemudian menampalnya di kereta sewa milik
kekasihnya itu.
Wanita itu menampal tuala berkenaan di hadapan orang ramai.
Li Tan kemudiannya dengan bangga merakamkan gambar kereta itu yang
ditampal dengan tuala wanita lalu memuat naik dalam media sosial dengan
kapsyen ` Ye betul….saya yang melakukannya’’.
Selepas De Wu balik ke rumah, dia telah dimarahi oleh Li Tan kerana balik lambat.
De Wu kemudiannya menerangkan dia tidak berlaku curang sebaliknya dia
berada di rumah kawannya kerana mereka merancang untuk mengadakan parti
hari jadi untuk Li Tan.
De Wu juga menunjukkan resit tempahan restoran untuk meraikan hari istimewa kekasihnya itu.
“Saya juga memaklumkan kepada Li Tan bahawa semua kawan-kawannya akan
hadir pada majlis meraikan hari jadinya. Dia akhirnya percaya.
“Namun saya rasa tiada orang yang akan menyewa kenderaan itu lagi,’’ kata De Wu.
0 Komentar untuk "Kerana Cemburu, Wanita Tampal Tuala Wanita Di Kereta Kekasih"