TANGGAL 14 April 1912 iaitu kira-kira 103 tahun lalu, satu sejarah
tersimpul dalam ingatan masyarakat dunia apabila berlakunya tragedi
kapal RMS Titanic karam di lautan Anlantik.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.40 malam apabila ia melanggar ketulan iceberg ketika dalam perjalanan menuju ke New York, Amerika Syarikat.
Dua jam selepas hentakan kuat berlaku, Titanic tenggelam sekaligus
mengorbankan 1,517 nyawa yang terdiri daripada penumpang dan anak kapal.
Semua sedia maklum, pada tahun 1997, sebuah filem berkisarkan peristiwa ini telah ditayangkan dan mendapat sambutan luar biasa.
Namun demikian, masih terdapat banyak fakta menarik tentang kapal gah itu yang belum diketahui ramai.
Melalui artikel ini, terdapat 10 informasi berkenaan RMS Titanic yang anda mungkin tak tahu. Jom baca…
1. Latihan Keselamatan Telah Dibatalkan
Berdasarkan laporan, satu latihan keselamatan bersama penumpang
sepatutnya diadakan pada hari kejadian, namun ia dibatalkan atas
sebab-sebab tertentu. Bayangkan kalau ia dilakukan, pastinya banyak
nyawa akan dapat diselamatkan.
2. Cuma 37 Saat Sebelum Langgar Ketulan Ais Besar
Ketika pengawal menyedari tentang kewujudan iceberg
berkenaan di tengah laluan kapal, pegawai bertugas cuma mempunyai 37
saat untuk mengubah haluan kapal ke arah lain, dan pastinya ia sangat
mustahil untuk dilakukan. Ia menjadi punca tunggal tenggelamnya kapal
mega tersebut.
3. Titanic Miliki Akhbar Sendiri
Titanic memiliki akhbar sendiri, Atlantic Daily Bulletin yang
menyiarkan berita merangkumi dunia politik, ekonomi dan hiburan.
Malahan, ia turut menampilkan menu harian yang disediakan di atas kapal.
4. Bot Keselamatan Tak Dipenuhi Penumpang
Menurut laporan, walaupun bot keselamatan yang disediakan tidak
mencukupi, namun ruang yang ada tidak digunakan sebaiknya kerana ia
tidak dipenuhi dengan kapasiti sepatutnya. Bot pertama yang dilepaskan
hanya diisi 12 orang walaupun ia sepatutnya boleh memuat sejumlah 40
orang. Begitu juga dengan bot-bot lain yang cuma diisi 20-30 orang
sedangkan ia boleh dinaiki hampir 65 orang.
5. Ratusan Penumpang Kongsi 2 Tab Mandi
Kebanyakan penumpang kelas bawahan perlu berkongsi bilik air (kecuali
penumpang kelas pertama yang memiliki ruang mandi sendiri). Kira-kira
700 penumpang kelas ketiga paling malang apabila terpaksa berkongsi dua
tab mandi.
6. Kapal Terdekat Tak Beri Respon
Ketika isyarat keselamatan dilancarkan di ruang udara, sebuah kapal
iaitu The Californian dikatakan berada pada jarak berdekatan namun tidak
memberi respon. Kalaulah kapten kapal tersebut beralih arah dan menuju
ke tempat kejadian untuk membantu mangsa, pastinya ramai yang berjaya
diselamatkan.
7. Dua Anjing Diselamatkan
Walaupun ramai yang dihalang untuk menaiki bot keselamatan
terutamanya golongan lelaki kerana para pengawal keselamatan lebih
mengutamakan golongan wanita dan kanak-kanak, namun dua ekor anjing
dilaporkan berjaya menaiki bot berkenaan.
8. Serombong Keempat Hanya Hiasan Semata
Hanya kerana pereka kapal tersebut berasakan Titanic akan kelihatan
lebih gah dengan empat serombong, maka salah satunya cuma dibina sebagai
hiasan dan tidak berfungsi langsung!
9. Titanic Sebagai Kapal Penghantar Surat
Selain menjadi kapal penumpang, Titanic turut berfungsi sebagai kapal
penghantar surat. Kapal tersebut membawa lima buah peti surat yang
diisi dengan ribuan pucuk surat, namun sehingga kini kesemua surat itu
gagal ditemui.
10. Lautan Atlantik Jadi ‘Tanah Kubur’
Kapal CS Mackay-Bennett menghabiskan lima hari untuk mencari sebanyak
mungkin jasad mangsa dan ia dibekalkan dengan 40 bahan pengawet, ais
dan 100 buah keranda. Para penyelamat berjaya menemui lebih 300 mayat,
namun 119 daripadanya berada dalam keadaan mengerikan lantas ianya
terpaksa dibiarkan di situ sahaja
0 Komentar untuk "10 Fakta Tentang Kapal Titanic Yang Anda Mungkin Tak Tahu.."