Wanita itu, Du Meiying, 52, terpaksa memilih gua itu selepas keluarganya mengalami masalah kewangan dan tidak lagi mampu menyaranya.
Dia sebelum ini diberikan sebuah bilik di rumah milik kerajaan tempatan namun terpaksa berpindah selepas bergaduh dengan jirannya.
Sejak itu, Du memilih gua sebagai tempat tinggal. Dia juga memasak dan membasuh dalam gua berkenaan sementara sayur kubis pula ditanam di kawasan berhampiran selepas mendapat benih sayur berkenaan yang didermakan oleh penduduk setempat.
Dia juga bergantung kepada bantuan wang kerajaan bernilai kira-kira RM46 untuk membeli beras dan barang lain.
Namun Du mengaku tahap kesihatannya semakin teruk sejak hidup di dalam gua dan berharap dapat menetap di dalam sebuah bilik.
Ketika cuaca sejuk membeku, dia terpaksa memakai dua helai seluar dan dia helai jaket yang didermakan kepadanya.
Tempat tidurnya pula diperbuat daripada batang buluh.
0 Komentar untuk "Akibat Dibelenggu Kemiskinan, Wanita Ini Terpaksa Hidup Dalam Gua"