Kejam..!! Budak Didera Tak Tahu Jawab Soalan Mengenai Pinocchio


CHINA – Kena pukul hanya disebabkan tidak tahu menjawab soalan mengenai cerita kanak-kanak Pinocchio. Kejam betul wanita berusia 50 tahun ini, Li Na yang menggunakan kekerasan itu untuk mengajar anak angkatnya yang berusia sembilan tahun.

Nasib baik guru-guru sekolah dapat mengesan kes itu lebih awal, sekali gus menyelamatkan budak berkenaan daripada terus menjadi mangsa Li Na.

Dia bukan sahaja merotan anak angkatnya dengan batang besi malah gelung paip juga menjadi senjatanya.
Budak itu yang merupakan anak kepada sepupunya, dihantar kepada Li Na sejak usia enam tahun lagi

kerana mereka menyangka budak itu akan mendapat kehidupan yang lebih baik di bawah jagaan wanita itu.
Namun jangkaan mereka meleset apabila Li Na menggunakan kekerasan untuk mengajar budak tersebut.

Penderaan itu dikesan sejak enam bulan lalu oleh guru sekolahnya selepas budak tersebut kelihatan takut dan trauma. Mereka kemudiannya dimaklumkan bahawa ibu angkatnya memukul budak tersebut kerana gagal menjawab soalan.

Ketika pihak sekolah menghubungi Li Na, dia mengaku memukul budak itu dan sangat tegas dengannya.

Li Na kini ditahan polis kerana mendera dan budak itu dikembalikan semula kepada keluarganya. Beberapa pakar psikologi juga disediakan untuk membantu memulihkan semula semangat budak terbabit.


0 Komentar untuk "Kejam..!! Budak Didera Tak Tahu Jawab Soalan Mengenai Pinocchio"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info