Pengalaman pahit Goku bermula pada 21 September 1997, apabila anak lelaki beliau yang ketika itu berusia dua tahun, Guo Zhen, telah diculik di depan pintu hadapan rumahnya di Liaocheng, Wilayah Shandong. Menurut seorang rakan beliau yang bermain dengannya pada masa itu, Zhen telah dilarikan oleh seorang wanita pertengahan umur. Sejak itu, Guo Gantang yang kecewa telah mendedikasikan hidupnya untuk mencari anaknya itu. Guo telah mengembara lebih 400,000 kilometer ke semua wilayah China, Xinjiang kecuali di Tibet. Selama beliau mengembara Guo Gantang telah bertukar lebih daripada 10 motosikal dalam proses pencariannya.
Dengan harapan bahawa seseorang mungkin mengenali budak lelaki itu dan memberi maklumat yang berguna, Guo sentiasa mempunyai dua bendera dengan gambar lama yang diikat pada motosikalnya.
Guo Gan Tang, adalah seorang yang kacak dan kehidupan yang sempurna, kini mempunyai wajah yang berkedut dan bekerak akibat perjalanannya yang bertahun-tahun beliau melakukankan perjalanan di jalan raya. Mata berongga beliau menceritakan segala kesedihan dan kemurungan beliau selama hampir dua dekad.
0 Komentar untuk " Kasih Pada Anak, Lelaki Ini Lakukan Sesuatu Yang Pasti Korang Tidak Percaya "