San Juan (Puerto Rico): Seorang lelaki pelik yang dikenali kerana kostum adiwira Green Lantern berakhir dengan memakai kostum berkenaan walaupun selepas mati.
Mayat Renato Garcia, 55, diawet sebelum dipakaikan kostum itu untuk menyambut kedatangan tetamu di majlis pengebumiannya.
Garcia dikenali penduduk di bandar ini kerana gemar memakai kostum itu yang ditemuinya dalam kotak berhampiran tong sampah beberapa bulan lalu.
Dia meninggal dunia akibat penyakit lelah dan keluarganya memutuskan mengebumikannya dengan memakai kostum berkenaan.
Mayatnya diletakkan dalam keadaan berdiri di satu penjuru di kediaman adiknya dikelilingi jambakan bunga dan jarinya turut dipakaikan cincin yang kononnya menjadi punca kuasa watak Green Lantern.
0 Komentar untuk "Pelik..!!.Lelaki Ini Ingin Menjadi Superhero Selepas Dia Mati"