Penguatkuasa Mexico menemui terowong yang disyaki untuk kegunaan penyludupan dadah dengan tertangkapnya sembilan orang sebelum mereka berjaya menggali terowong di sempadan wilayah Amerika.
Askar yang memasuki lorong rahsia, di barat Lapangan Terbang Antarabangsa AL Rodriguez, terpaksa menuruni tangga sedalam 10 kaki sebelum mengakses jalan yang berlumpur. Laluan yang masih dalam pembinaan di sebelah pusat pemeriksaan Tijuana, lengkap dengan lampu dan pengudaraan.
Penguatkuasa menjelaskan, laluan itu belum lagi menyeberangi sempadan dan hanya sejauh 500 kaki.
Tetapi penguatkuasa percaya ia akan muncul di suatu tempat di dalam wilayah Amerika Syarikat.
Tapak terowong dianggarkan sekitar tujuh kilometer dari lintasan sempadan rasmi di San Ysidro, sebelum keluar melintasi sempadan.
0 Komentar untuk "Terowong Rahsia Dalam Almari Di Sempadan Mexico Dan Amerika "