Gambar: Obses Dengan Pil Kurus, Akhirnya Tinggal Tulang






GARA-GARA stres diejek gemuk oleh orang sekeliling, Amber Girling, 20, berasa terlalu rendah diri dan terdesak untuk kuruskan badan.
Natijahnya, dia menjadi obses mengambil pil pelangsingan badan hingga berat badannya mencecah cuma 25 kilogram.
Berat badan Amber menyusut hingga yang tinggal bukan tubuh langsing tetapi lebih kepada rangka bernyawa.
Berat badan Amber menyusut hingga yang tinggal bukan tubuh langsing tetapi lebih kepada rangka bernyawa.

Hakikatnya badan Amber tidaklah kurus sangat dengan berat 57 kilogram namun dia sendiri terasa seakan-akan disindir rakan-rakan sekolah kerana berbadan gempal sejak berusia 17 tahun.
Menurut Amber kepada Daily Mail, ada rakan sekolah mengekorinya ke kantin pada waktu rehat untuk melihat apa yang dia makan lalu memberikan komen, “Jika saya jadi kamu saya tak akan makan tu..” apabila melihat dia mahu menjamah pasta.

Amber satu ketika dahulu agak gempal tetapi ianya jauh lebih menarik daripada susuk tubuh persis 'jerangkung'.
Amber satu ketika dahulu agak gempal tetapi ianya jauh lebih menarik daripada susuk tubuh persis ‘jerangkung’.
Sejak itu Amber mengamalkan diet dan melakukan aktiviti fizikal tiga kali seminggu namun hasilnya tidak memuaskan hati Amber lantas dia bertukar kepada pil diet.

Amber mengakui, dia mengambil 90 pil diet daripada empat jenis berbeza dalam masa seminggu. Tak cukup dengan itu, dia menambah sesi latihan di gym daripada tiga kali seminggu kepada setiap hari.

Amber terpaksa berkampung di hospital selama 5 bulan gara-gara pengambilan pil langsing yang salah dan keterlaluan.
Amber terpaksa ‘berkampung’ di hospital selama 5 bulan gara-gara pengambilan pil langsing yang salah dan keterlaluan.

Akhirnya dia mengalami sakit perut yang luar biasa manakala kulitnya bertukar kekuningan. Setelah dibawa ke hospital Amber terpaksa menjalani rawatan selama lima bulan sebelum benar-benar pulih.

Kini Amber mahu semua gadis mengambil iktibar daripada pengalamannya – terdapat cara yang betul untuk kurus dan makan pelbagai jenis pil langsing tanpa mengikut aturan bukanlah caranya kerana ia boleh meragut nyawa!
0 Komentar untuk "Gambar: Obses Dengan Pil Kurus, Akhirnya Tinggal Tulang"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info