Ketenangan ibadah umrah di kota Mekah terganggu oleh ulah seorang jemaah yang diduga stress. Menghancurkan kaca sekatan Bukit Safa, lelaki ini mengaku sebagai Imam Mahdi.
Mengutip laman Arabnews, Senin, 11 Mei 2015, tindakan tak terpuji jemaah umrah ini terjadi pada Rabu minggu lalu. Pelaku menggunakan kerusi roda untuk menghancurkan kaca sekatan Bukit Safa tersebut.
Aksinya berjaya membuat kaca sekatan hancur berantakan. Namun usaha memecahkan kaca kedua gagal dilakukannya.
Dalam video yang merebak di laman media sosial tersebut, lelaki yang disyaki berbangsa Yaman tersebut memecahkan kaca sekatan dan mendaki bukit tersebut.
Usai mendaki bukit tersebut, pelaku berteriak dengan menyebutkan dirinya adalah (Imam) Mahdi.
Tak dapat tidak, tindakan lelaki yang merupakan penduduk Mekah ini membuat kekecohan di antara jemaah umrah.
Juru bicara polis tempatan berkata siasatan awal menduga jika lelaki ini tengah menderita masalah psikologi. "Penyelidikan lebih lanjut sedang dilakukan. Terlalu awal untuk memberikan butiran penyebabnya," ujar juru bicara tersebut.
Kerajaan Saudi selama ini telah menyuntik dana berbilion-bilion riyal untuk memperluaskan dan memastikan keselamatan kemudahan Masjidil Haram.
Jemaah juga diimbau untuk menghormati kawasan-kawasan tertentu.
"Saya sudah melihat video ini di media sosial. Ini mengejutkan dan tindakan ini harus dikutuk," kata Abdulaziz Khalq.
Banyak pihak mengutuk tindakan yang dilakukan jemaah umrah ini. Sebahagian lagi kesal lemahnya pengawasan dan lambannya pengendalian aparat keamanan.
0 Komentar untuk "Heboh, Jemaah Umrah Mengamuk Saat Daki Bukit Safa Mekah"