
PARIS - Seorang hartawan dari China, mencipta rekod dunia apabila 
membawa 6,400 kakitangannya bercuti serentak selama 4 hari ke Perancis 
bagi menyambut ulang tahun ke 20 syarikatnya.
Lapor Daily Mail, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan, 57, yang juga 
tersenarai antara individu terkaya oleh majalan Forbes, memberikan 
kejutan istimewa dengan menempah sebanyak 4,760 bilik hotel bertaraf 
empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.
Syarikat konglomerat antarabangsa milik lelaki itu terlibat dalam 
perniagaan bioteknologi, pengurusan kesihatan, e-dagang, perhotelan dan 
pelancongan.
Ketika berada di pusat peranginan Cote D'Azur, kumpulan besar pelancong 
dari China itu turut mencipta rekod baru Guinness World Record kerana 
menggunakan khidmat 147 buah bas untuk mengambil mereka dari hotel ke 
Promenade des Anglias di Nice.



0 Komentar untuk "Jutawan Dari China Bawa 6,400 Kakitangannya Bercuti Di Perancis"